Peguam Kamal Hisham Ditahan Semula Selepas Beberapa Minit Dibebaskan

Peguam Kamal Hisham Ditahan Semula Selepas Beberapa Minit Dibebaskan

Johor Bahru – Peguam Kamal Hisham Ja’afar ditahan semula kira-kira 3 petang tadi, selepas beberapa minit dibebaskan dengan ikat jamin bagi dua pertuduhan pecah amanah yang dihadapkan kepadanya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tentang penahanan semula peguam berusia 45 tahun itu.

Beliau berkata, penahanan semula itu adalah bagi membantu siasatan beberapa lagi kes yang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan juga Bukit Aman.

Katanya, siasatan akan terus dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diketahui esok.

Difahamkan, Kamal Hisham akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman, lapor Harian Metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih