Pasaraya Mesra Muslim Tak Jual Arak dan Daging Babi di Arah Tutup dan di Denda RM19245.00

Pasaraya Mesra Muslim Tak Jual Arak dan Daging Babi di Arah Tutup dan di Denda RM19245.00 | Colombes, Perancis: Sebuah pasar raya yang memfokuskan kepada penjualan produk-produk Halal yang dimiliki oleh seorang Muslim telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Perancis hanya kerana tidak menjual arak dan daging babi.

Pasar raya Halal tersebut yang dimiliki oleh Encik Soulemane Yalcin juga diperintahkan untuk membayar kos guaman sebanyak €4,000 (RM19,245) kepada pihak berkuasa tempatan gara-gara mengamalkan model perniagaan berasaskan barangan halal.

Pasaraya Mesra Muslim Tak Jual Arak dan Daging Babi di Arah Tutup dan di Denda RM19245.00

Memetik laporan yang disiarkan oleh The Independent, Mahkamah Nanterre telah mengeluarkan perintah tersebut selepas mendapati Pasar Raya Mini Good Price yang terletak di Colombes itu gagal mematuhi syarat kontrak penyewaan premis di mana pasar raya tersebut harus bertindak sebagai “pasar raya umum”.

Menurut laporan pegawai mahkamah, produk pasar raya itu hampir semuanya terdiri daripada produk halal. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan pula berkata,

penduduk setempat tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya kerana kedai itu tidak menjual produk arak dan khinzir. Selain itu, Ketua Pentadbiran Pejabat Datuk Bandar, Jerome Besnard juga pernah meminta Encik Soulemane Yalcin sebagai pemilik pasar raya untuk ‘mempelbagaikan’ produk yang dijual berikutan aduan yang diterima dari penduduk setempat.

Menurut pemilik pasar raya itu, mereka menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan pasaran tempatan. Hujahnya disokong oleh peguamnya yang berkata, kedai itu tiada kewajipan menjual alkohol kerana ia “bukan sebahagian daripada pemakanan umum”,

sebaliknya sekadar pelengkap makanan. Mr Yalcin menambah bahawa kedai-kedai lain yang menjual arak di kawasan tersebut berhadapan dengan ‘masalah keselamatan’ dan menjelaskan bahawa sebuah pasar raya di Perancis,

Franprix menunjukkan terdapat kerugian di bahagian ‘makanan istimewa’. Walau bagaimanapun, mahkamah bertegas dengan membuat dakwaaan bahawa bekalan di kedai itu “terhad dan tidak memenuhi konsep kebaikan umum yang luas”.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan kontrak penyewaan premis itu ditamatkan dan pengusahanya diusir.

jika anda ingat kembali sejarah Dobi Mesra Muslim di Johor ia seakan sama seperti Pasaraya inibezanya Perancis di pimpin oleh Kafir manakala Malaysia di pimpin oleh melayu yang beragama islam ikuti artikel di bawah kisah Dobi Muslim yang diarahkan tutup

Pemilik sebuah dobi layan diri di Muar, Johor yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya hari ini berkata beliau akur dengan arahan istana untuk menamatkan dasar tersebut selepas ia disifatkan sebagai “karut” dan “memalukan” oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pemilik Elit Laundry yang enggan dinamakan turut memohon maaf kepada Sultan Johor, rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang tersinggung dengan dasarnya yang menerima kecaman pelbagai pihak, walaupun sebelum ini dipuji oleh beberapa tokoh agama Johor.

“Saya sudah patuh pada titah Tuanku. Saya memohon maaf pada Tuanku, rakyat Johor atas apa yang berlaku dan berharap kekecohan selama beberapa hari ini akan reda. Saya sudah tidak menggunakan papan tanda berkenaan.

“Saya memang tiada niat untuk menjadikan isu ini suatu perkara yang besar,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun, beliau berkata akan tetap meneruskan perniagaannya.

Sultan Johor dipetik akhbar The Star hari ini membidas dasar kedai dobi itu, dan memerintahkan pemiliknya memohon maaf atau berdepan penutupan.

Menurutnya, tindakan mendiskriminasi berdasarkan kaum dan agama membuatkan rakyat Johor marah dan malu.

“Saya tidak boleh menerima perkara karut ini. Ini Johor, ia milik Bangsa Johor dan milik semua kaum dan agama. Ini sebuah negeri progresif, moden dan sederhana,” kata Sultan Ibrahim.

Bercakap kepada FMT, pemilik kedai dobi itu berkata sepanjang melaksanakan pematuhan berkenaan, beberapa agensi kerajaan turut hadir ke premisnya bagi memeriksa perlaksanaan yang beliau lakukan.

Katanya, kelemahannya akan diperbaiki di masa hadapan agar tidak lagi menyinggung perasaan Sultan Johor dan rakyat negeri berkenaan.

Sementara itu, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika dihubungi FMT enggan mengulas lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat komen isu ini, ia atas arahan dan titah Tuanku Sultan Johor,” katanya.

Sebelum ini, Tahrir menyifatkan dasar kedai dobi itu sebagai “cantik”.

“Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur,” kata Tahrir dipetik Harian Metro.

via: menara.my/helangmerah.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih