Parley for The Oceans Gabungan Inovasi Terbaharu Dari Adidas

Parley for The Oceans Gabungan Inovasi Terbaharu Dari Adidas

Adidas dijangka mengeluarkan model kasut terbaharu. Bekerja sama dengan ‘ Parley for The Oceans ‘, Adidas melancarkan kasut baharu yang dibuat dari hasil kitar semula sisa plastik. Kasut ini adalah cara untuk menyedarkan pelanggannya untuk memelihara laut.

Adidas yang merupakan anggota ‘ Parley for The Oceans ‘ ini baru melakukan pembuatan kasut kitar semula setelah bergabung ke organisasi tersebut. ‘ Parley for The Oceans ‘ merupakan organisasi yang dibentuk tahun 2013 dengan tujuan mendedikasikan untuk projek penyelamatan dan perlindungan kehidupan di laut.

Seperti yang dilansir di Cnet, projek kolaborasi ini menghasilkan prototype kasut yang seluruh bahannya murni diperbuat daripada sisa laut. Kasut sukan ini diperbuat dari pukat dan jaring besar yang biasa digunakan oleh nelayan dan kapal pemburu haram.

Pukat diambil oleh ‘ Parley for The Oceans ‘ dari ‘Sea Shepherd‘ yang memburu kapal nelayan haram selama 110 hari. Kapal tersebut berjaya ditangkap di lepas pantai Afrika Barat. Organisasi ini ingin menjadi bahagian dalam pemuliharaan laut. Mereka ingin meningkatkan kesedaran masyarakat dengan melancarkan kasut ini.

Parley for The Oceans-adidas

Menurut data UNESCO pada tahun 2006, terdapat kira-kira 46,000 sampah plastik yang terbuang dan mengambang setiap milnya di lautan luas. Ini menyebabkan ekosistem alam terganggu, kerana membuat lebih daripada satu juta burung laut dan 100 ribu mamalia mati setiap tahunnya.

Sementara juru bicara Adidas, Erick Liedtke mendedahkan, Adidas sangat bersemangat dalam projek ini untuk menyokong ‘ Parley for The Oceans ‘ dalam menyedarkan masyarakat mengenai kesan sisa plastik bagi alam sekitar. Namun nama dan harga kasut masih belum diumumkan hingga sekarang. Dianggarkan kita boleh membeli kasut tersebut akhir tahun 2015.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih