Paderi Masukkan ‘Anu’ ke Mulut Anak Angkat

Paderi Masukkan ‘Anu’ ke Mulut Anak Angkat – PUTRAJAYA – Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak hari ini atas dua pertuduhan melakukan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan tabii dan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang anak angkat perempuan warga China.

Lelaki yang berusia 49 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan hakim Yong Zarida Sazali.

Paderi Masukkan ‘Anu’ ke Mulut Anak Angkat

Mengikut pertuduhan pertama, paderi tersebut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah di Petaling Utama, Petaling Jaya pada November 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 377 A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 377 C Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Enam tahun kemudian, paderi yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu turut didakwa melakukan serangan seksual fizikal ke atas mangsa sama yang ketika itu berusia 17 tahun pada 7 Oktober 2017 jam 1 petang, di rumah yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh kerana khuatir tertuduh mengganggu mangsa yang merupakan anak angkatnya.

Tertuduh yang diwakili peguam Siva Prema bagaimanapun memohon jaminan diberikan dengan alasan tertuduh yang merupakan seorang paderi begitu dihormati oleh masyarakat.

Mahkamah menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih