PADAH !! Ular Sawa Afrika Telan Landak Mati Tertikam

PADAH !! Ular Sawa Afrika Telan Landak Mati Tertikam

Seekor ular sawa Afrika yang sedang kelaparan telah bertindak menelan seekor landak gergasi mengakibatkan reptilia itu mati. Sebaik sahaja berjaya menelan landak itu, sistem penghadaman di dalam perutnya cuba menghadam landak tersebut tetapi sebaliknya akibat daripada proses semulajadi itu, duri landak yang tajam telah menusuk perut ular sawa itu sehingga tembus.

Pengurus Besar taman tersebut, Jennifer Fuller menyatakan ular sawa berkenaan ditemui mati di tepi lereng berbatu dalam keadaan perutnya masih kembung dengan landak yang dibahamnya itu.

Apabila renjer taman memotong perut ular tersebut, mereka menemui landak gergasi itu dalam keadaan asal dan masih belum dihadam oleh sistem penghadamannya.

Namun, mereka turut menemui beberapa batang duri landak itu telah tercabut dan tercacak pada bahagian perut ular sawa itu.

Ular sawa itu telah menelan landak gergasi berkenaan pada waktu malam yang mana ia hanya bergantung kepada deria untuk mengesan gelombang panas yang dikeluarkan oleh badan landak itu untuk menyerang mangsanya.

Ular Sawa Afrika Telan Landak Mati Tertikam

Ular-Sawa-Afrika-Telan-Landak-Mati-Tertikam

Ular-Sawa-telan-landak1

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih