PADAH !! Tersangkut Di Koridor Hotel

PADAH !! Tersangkut Di Koridor Hotel

Kuala Lumpur: Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu menyelamatkan suspek dipercayai anggota geng samun hotel bajet yang cuba terjun dari aras empat sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek sebelum itu berjaya meloloskan diri selepas bilik yang didiami bersama dua lagi rakannya diserbu polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, satu operasi khas dijalankan sejak beberapa hari lalu untuk mengesan suspek.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bahagian D4 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan ke sebuah bilik di hotel berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat tiga lelaki cuba melarikan diri melalui tingkap bilik,” katanya.

Beliau berkata, dua daripada penjenayah terbabit bagaimanapun berjaya ditangkap di bumbung hotel bersebelahan.

“Seorang lagi suspek melarikan diri sebelum keluar ke koridor tingkat empat hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, dalam usaha melarikan diri itu suspek terperangkap di antara tingkat tiga dan empat bangunan itu. Keadaan berbahaya itu memaksa polis menghubungi bomba sebelum suspek diselamatkan,” katanya.

Katanya, semua suspek yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun.

“Mereka juga mengaku terbabit dalam beberapa kes samun hotel bajet di ibu negara sejak tahun lalu.

“Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi. Pemeriksaan seterusnya mendapati salah seorang suspek adalah penjenayah yang dikehendaki dan terbabit dalam kes dadah dan samun,” katanya.

Zainuddin berkata, polis kemudiannya melakukan pemeriksaan di kediaman suspek sebelum menjumpai parang yang dipercayai digunakan untuk melakukan samun.

“Turut dirampas, tiga telefon bimbit, peti besi dan satu komputer riba.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. lapor hmetro

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply