PADAH !! Peragut Diberkas Orang Ramai

PADAH !! Peragut Diberkas Orang Ramai

George Town – Perbuatan licik seorang remaja yang meragut sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki Indonesia memakan diri apabila dia diberkas orang awam ketika cuba melarikan diri di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Kompleks Sungai Nibong di sini kelmarin.

Suspek lelaki berusia 23 tahun sebelum itu dikejar sekumpulan lelaki yang berada di sekitar kawasan terbabit selepas terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa pukul 10.30 malam.

Difahamkan, remaja berketurunan Melayu itu akhirnya tersungkur tidak jauh dari lokasi kejadian bersama telefon bimbit yang diragut dari tangan mangsa.

Dia yang dipercayai berasal dari negeri ini kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, lapor Kosmo.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...