PADAH !! Penyangak KANTOI Terperangkap Dalam Rumah Cari Pintu Nak Keluar Tak Jumpa..

PADAH !! Penyangak KANTOI Terperangkap Dalam Rumah Cari Pintu Nak Keluar Tak Jumpa.. – BALING – Usaha seorang pencuri melarikan barang berharga milik sebuah keluarga di Kampung Mengkuang Masjid, di sini tidak berjaya apabila gagal mencari pintu keluar rumah.

Menurut tuan rumah yang juga seorang pengamal perubatan, Omar Gul Hadzrat Gul, 77, kejadian berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi.

“Waktu tu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.

“Pak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu keluar tak jumpa dan tak ingat masuk dari arah mana.

Omar Gul berkata, beliau terus pegang tangan pencuri itu dan menendang ke muka menyebabkan pencuri itu pengsan.

Katanya, pencuri itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan lanjut.

Penyangak KANTOI Terperangkap Dalam Rumah Cari Pintu Nak Keluar Tak Jumpa..

Kisah pencuri yang tak jumpa pintu keluar tular sejak kelmarin.

Omar Gul berkata, sebelum ini ada empat orang pencuri cuba burung yang dibela di halaman rumahnya, namun tak sempat berbuat demikian kerana mengaku nampak laut dan tak dapat lari.

Beliau berkata, ayat suci al-Quran adalah kalimah paling hebat untuk menjadi pendinding kediaman daripada anasir jahat.

Isterinya, Hasnah Husain, 56, berkata, pencuri itu masuk melalui tingkap bilik tidur mereka yang tidak berkunci.

Menurutnya, barangan sempat diambil tapi tak sempat dilarikan ialah wang tunai berjumlah RM1,500, sekalung rantai, sebentuk cincin, empat telefon bimbit, sebuah pisau pemotong daging dan satu gigi taring buaya.

“Mujur semuanya selamat, waktu dia masuk dalam bilik memang tak ada siapa sedar. Rantai pula dia ambil dari atas katil,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih