PADAH !! Kantoi Polis ‘Bermesra’ Ketika Bertugas…

Kantoi Polis 'Bermesra' Ketika Bertugas Ditukar

PADAH !! Kantoi Polis ‘Bermesra’ Ketika Bertugas… – JOHOR BAHRU – Seorang lagi anggota polis ditukarkan serta merta selepas gambar ‘mesra’ dengan seorang wanita tular dalam media sosial sejak hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

PADAH !! Kantoi Polis ‘Bermesra’ Ketika Bertugas…

Mohd Khalil berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Gambar anggota yang difahamkan dari unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat didapati memegang tangan dengan seorang wanita yang berpakaian seluar pendek dan bersinglet. – Sinar Harian

[BACA: Susulan Video Tular Tujuh Anggota Polis ‘Bergoyang’, Ini Respon KPN]

___________________________________________

Artikel Lain…

Bapa mangsa lemas bagi tempoh sebulan kepada kerajaan – BALING – Bapa mangsa kepada kanak-kanak lemas hingga maut di Parit Kampung Lanai memberi masa hingga hujung bulan ini kepada kerajaan untuk menggantikan titi tanpa penghadang yang menyebabkan anaknya tergelincir.

Mohamad Nazri Husin, 37, berkata, dia bersedia mengambil tindakan undang- undang sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tanggungjawab.

“Saya beri masa sampai hujung bulan ni saja untuk bina semula titi tu. Jika tak buat juga saya akan cari jalan untuk ambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, pemimpin kampung berkenaan selama ini hanya mendiamkan diri sekalipun menyedari keadaan titi tersebut.

“Titi tu dah tak selamat, memang perlu tukar titi baru. Saya tak mau apa yang berlaku kepada anak saya berulang kepada anak orang lain.

“Saya juga sedia libatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),” katanya

Sinar Harian pada 5 Oktober lalu melaporkan Mohd Aminuddin berusia lima tahun lemas akibat tergelincir ketika melalui titi berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lanai, Ahmad Omar berkata, masalah berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan wakil Adun Kupang.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih