Nur Atikah Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Nur Atikah Kembali Ke Pangkuan Keluarga – PASIR GUDANG: Seorang gadis dari Taman Kota Masai, di sini yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ditemui selamat, malam tadi. Nur Atikah Mohd Sharin, 22, yang bekerja sebagai pembantu sebuah pasar raya di sini, diserahkan di Balai Polis Bandar Tenggara, dekat sini kira-kira jam 11 malam oleh seorang wanita.

Bapanya, Mohd Sharin Mahmood, 49, berkata kira-kira jam 10 malam tadi selepas menunaikan solat Isyak, beliau ada menerima panggilan daripada anaknya. “Ketika itu, saya baru mengangkat tangan untuk berdoa, tiba-tiba telefon bimbit saya berdering, hati saya sungguh gembira apabila yang menelefon saya itu adalah Atikah.

Nur Atikah Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Muslihat ganjil ini akan meningkatkan nafsu anda!
“Berkali-kali saya tanya Atikah ada dekat mana dan anak saya cuma maklum dia sihat dan jangan carinya sebelum mematikan telefon bimbitnya. “Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan daripada Balai Polis Bandar Tenggara memaklumkan Atikah berada di balai berkenaan, sebelum kami sekeluarga bergegas ke sana,” katanya.

Nur Atikah Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini hari ini, bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd Samad. Mohd Sharin berkata, di balai polis berkenaan semalam, beliau juga sempat bertemu dengan wanita yang mendakwa menjaga Atikah sejak Khamis lalu di rumahnya di Bandar Tenggara.

“Nur Atikah selamat dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Cendana, Pasir Gudang pada 5 pagi hari ini.

“Wanita itu memaklumkan kepada saya dia terjumpa Atikah kira-kira jam 8.45 malam, Khamis lalu di hadapan sebuah pasar raya di Kulai, dekat sini dalam keadaan kebingungan. “Saya bertanya kenapa tidak membuat laporan polis sejurus menemui Atikah, namun wanita itu mendakwa dia berasa kasihan melihat keadaan anaknya seolah-olah tidak tentu arah.

Nur Atikah Kembali Ke Pangkuan Keluarganur atikah kembali

Mohd Sharin Mahmood,49, (kiri) bercakap pada sidang media mengenai penemuan semula anaknya Nur Atikah Mohd Sharin, 21, (dua,kanan) yang hilang sejak 26 Januari lalu dari tempat kerja di Taman Kota Masai pada sidang media di Pejabat UMNO Parlimen Pasir Gudang hari ini. – Foto Bernama“Wanita itu kemudian beritahu dia membawa balik Atikah ke rumahnya di Bandar Tenggara untuk menjaganya, sebelum mendapat tahu kehilangan Atikah menerusi media massa, malam tadi,” katanya. Mohd Sharin berkata, wanita itu kemudian menghantar Atikah ke Balai Polis Bandar Tenggara, kira-kira jam 11 malam tadi.

“Wanita itu hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap. Anak saya juga tidak ceria seperti dulu dan kini banyak mendiamkan diri,” katanya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata siasatan polis mendapati kes berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

“Atikah menyatakan ada lelaki yang tidak dikenali membawanya dari tempat kerjanya menaiki kenderaan sebelum ditinggal di pusat membeli-belah di Kulai.

“Seorang wanita yang ditemui di pusat membeli-belah itu membawanya pulang kerana bersimpati melihatnya bersendirian,” katanya pada sidang media di Pejabat Umno Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.

  • neelofa dan raja muda selangor
  • neelofa dan rms
  • neelofa dengan raja muda selangor
  • gosip neelofa dengan raja muda selangor
  • hubungan raja muda selangor dan neelofa
  • neelofa bakal pemaisuri raja muda selangor
  • RMS dengan neelofa
  • neelofa dengan raja muda selangor
  • neelofa digossip dengan raja muda selamgor
  • neolofa dilamar raja muda selangor

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Search Terms: