Notis Amaran: Fenomena Air Pasang Melanda Johor Bahru November Ini

Notis Amaran: Fenomena Air Pasang Melanda Johor Bahru November Ini

Johor, 18 Nov – Pihak Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) telah mengeluarkan satu notis berkenaan fenomena air pasang besar yang dijangka bakal berlaku di Selat Tebrau bermula dari 24 November sehingga 30 November 2015.

Notis itu dikeluarkan oleh MBJB menerusi portal rasminya mbjb.gov.my dan juga secara bercetak.

Notis tersebut meminta penduduk yang berada dalam kawasan yang terlibat supaya bersedia dan berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Adalah dimaklumkan fenomena air pasang besar akan berlaku di Selat Tebrau pada tarikh-tarikh seperti di bawah. Sekiranya berlaku hujan lebat berterusan semasa air pasang besar ini boleh menyebabkan berlaku banjir, terutama di kawasan pusat bandar dan kawasan rendah berhampiran tepi pantai atau sungai.

“Majlis Bandaraya Johor Bahru memohon kerjasama orang ramai serta penduduk yang berada di kawsan yang terlibat agar lebih bersedia dan berwaspada sepanjang tempoh fenomena air pasang besar ini.”, tulis notis tersebut.

Berikut adalah jadual ketinggian air yang dilampirkan bersama dengan notis terbabit.

 

TARIKH MASA PASANG BESAR KETINGGIAN AIR LAUT
 24.11.2015 9.49 pg
10.38 mlm
3.5m
3.5m
 25.11.2015 10.33 pg
11.27 mlm
3.6m
3.7m
 26.11.2015 11.15 pg 3.7m
 27.11.2015 12.15 mlm
11.56 pg
3.7m
3.7m
 28.11.2015 1.02 mlm
12.37 pg
3.7m
3.7m
 29.11.2015 1.49 mlm
1.15 ptg
3.6m
3.6m
 30.11.2015 2.36 mlm
1.53 ptg
3.5m
3.5m

Untuk sebarang updates berkenaan perkara ini, orang ramai boleh ke laman web rasmi mbjb.gov.my – Siakapkeli.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih