Nik Aziz Suruh Kami Balik Lepas Tarawih

Nik Aziz Suruh Kami Balik Lepas Tarawih

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan. Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

“Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

“Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah,” katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.

“Sudah menjadi satu budaya di mana beliau beritahu keluarga agar bangun pagi sebelum Subuh untuk solat sunat witir. Jadi, Allahyarham tidak solat sama seperti yang kita buat di masjid-masjid.

“Kerana beliau mahu galakkan supaya balik nanti jangan tidur sahaja..tidak bangun. Solat sunat witir itu ditunaikan pada waktu pagi sebelum sahur,” ceritanya.

Ustaz Ahmad Dusuki yang juga menantu Nik Abdul Aziz akui merindu bacaan Allahyarham dan gaya pemimpin itu sepanjang hayatnya.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 13 Februari lalu d kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka. lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih