NGERI !! Wanita Maut Tercampak

NGERI !! Wanita Maut Tercampak

Kuala Lumpur – Seorang wanita berusia 24 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di KM 10.7 Lebuhraya ELITE dari arah USJ menghala ke Putrajaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahya Ramli berkata kemalangan yang berlaku pukul 11.15 malam itu melibatkan sebuah motosikal serta kereta Volvo dan Honda.

Katanya kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Volvo yang berada di lorong tengah, dirempuh kereta Honda yang ketika itu berada di lorong kanan menyebabkan kereta Volvo berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri bahu jalan.

“Volvo itu kemudiannya melanggar motosikal ditunggang wanita berkenaan yang berada di sebelah kiri jalan menyebabkan mangsa melanggar tembok bahu jalan sebelum tercampak ke dalam semak.

“Motosikal mangsa itu turut hangus. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kedua-dua pemandu Volvo dan Honda berusia 26 dan 35 tahun dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mangsa, pekerja sebuah syarikat telekomunikasi, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan, katanya.

Menurut Yahya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih