NGERI !! Mata Lelaki Ini Tertusuk Paku Ketika Memotong Rumput?!!

NGERI !! Mata Lelaki Ini Tertusuk Paku Ketika Memotong Rumput?!! | SEORANG lelaki yang tidak dikenali dianggap sebagai individu bertuah di muka bumi ini apabila terselamat daripada kejadian paling ngeri dalam hidupnya.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang merupakan seorang pekebun landskap mengalami kemalangan apabila sebatang paku berukuran tiga inci tertusuk ke dalam matanya semasa menggunakan mesin pemotong rumput.

Pakar bedah Neuro Hospital Massachusetts Boston, Dr. Wael Asaad berkata, mata paku tersebut berada sangat hampir dengan otak lelaki ITU.

“Kami bimbang sekiranya menarik keluar paku itu, pendarahan teruk akan berlaku sehingga boleh mengakibatkan kematian,” katanya.

Bagaimanapun, segalanya berjalan lancar apabila lelaki tersebut berjaya mengharungi pembedahan selama berjam-jam, malah turut dibenarkan pulang ke rumah selepas itu.

Enam minggu kemudian, lelaki itu kembali ke hospital dan tanpa diduga, keajaiban berlaku apabila penglihatannya semakin beransur pulih.

Dr. Assad memberitahu, bahawa kes yang berlaku pada dua tahun lalu itu diselitkan ke dalam edisi terbaharu ‘Jurnal Perubatan New England’ sebagai salah satu kajian kes.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih