NGERI !! Lelaki Ini Matanya Tercucuk Besi..

NGERI !! Lelaki Ini Matanya Tercucuk Besi..

Newcastle: Seorang lelaki hampir buta selepas matanya tercucuk besi khemah akibat terjatuh ketika berkhemah di sini baru-baru ini.

James Pattinson, 28, berkata, kejadian berlaku ketika dia berkhemah bersama beberapa rakannya di sebuah hutan rekreasi pada Isnin lalu.
Katanya, ketika memasang khemah, dia terjatuh dan mukanya tepat mengenai besi khemah yang dipasang.

Beberapa rakannya terkejut selepas melihat besi khemah sepanjang lebih 50 sentimeter tercacak di mata Pattinson.

“Pada mulanya saya berasa sesuatu di mata dan apabila bangun, barulah saya sedar mata saya dicucuk besi khemah.

“Saya cuba menarik besi itu, tetapi saya dapati ia terlalu dalam.

“Saya dapat rasakan hujung besi itu mencucuk tulang hidung saya,” katanya.

Pattinson kemudian dibawa ke sebuah pusat rawatan sebelum diterbangkan ke sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan besi berkenaan.

Lebih malang, doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong besi berkenaan kerana terlalu panjang untuk masuk ke mesin X-ray.
Doktor akhirnya berjaya mengeluarkan besi di mata Pattinson selepas pembedahan selama tiga jam.

Pattinson bernasib baik kerana tidak buta ekoran besi itu tidak mengenai bahagian penting pada matanya. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih