NGERI !! Dua Beranak Maut Nahas

NGERI !! Dua Beranak Maut Nahas

Kuala Lumpur – Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas, lalu melanggar penghadang besi jalan di Kilometer 15.6 Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), petang tadi.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan pada 3.03 petang itu membabitkan pemandu kereta berkenaan Lee Jein Siung, 36, yang maut di tempat kejadian, manakala anaknya Lee Tung, 3, yang cedera parah, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Bagaimanapun, seorang lagi anak mangsa, Lee Ming, 4, hanya cedera ringan dan ibu mertuanya, Bong Shui Chin@Bong Soon Chin, 64, patah tangan kanan dan dirawat di hospital yang sama.

Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan balik dari SS2, Petaling Jaya menghala ke rumah mereka di Kuchai Lama, katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, tiga jentera dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam, lapor Bernama.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 73 times, 1 visits today)

Leave a Reply