Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri

Powered by WP Review
Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri

Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri – Dua pahlawan Melayu yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British dalam Perang Perak pada tahun 1891 yang dikebumikan di Singapura setelah dijatuhi hukuman dibuang negeri telah dibawa pulang ke Perak pada 9 September 2006 yang lalu. Mereka adalah Orang Kaya Menteri NgahIbrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin. Jenazah NgahIbrahim telah dikebumikan semula di Kota NgahIbrahim yang terletak berhampiran dengan Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin telah disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan.

BACA: Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri

Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri

Kedua-dua jenazah pahlawan Perak dari Singapura telah dibawa pulang dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan usaha membawa balik jenazah kedua-dua pahlawan itu telah disusun dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara dan beberapa badan sejarah termasuk kerajaan negeri Perak.

Kubur pahlawan Ngah Ibrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin digali semula dan kedua-dua jenazah telah dimasukkan ke dalam dua keranda berasingan yang ditutup dengan Jalur Gemilang dan bendera Perak serta diberikan penghormatan pengebumian semula dengan penuh istiadat.

ngah ibrahim

Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri

Siapakah sebenarnya NgahIbrahim? Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin bersama Datuk Maharajalela, Pandak Endut, Sipuntum dan ramai lagi pahlawan Melayu Perak ketika itu berganding bahu menentang penjajahan British. Ekoran dari pembunuhan Birch, NgahIbrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang negeri ke Pulau Seychelles pada 1877 dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke Perak pada 9 September 2006. – orangperak.com

BACA: Asal Usul Dan Sejarah Teluk Batik

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih