NEKAD !! Doktor Taruh Nyawa Demi Harimau Bintang

NEKAD !! Doktor Taruh Nyawa Demi Harimau Bintang

India – Seekor harimau bintang telah terjatuh ke dalam telaga ketika ia mencari makanan di kampung berdekatan. Menurut sumber, haiwan itu telah lama berjuang untuk cuba  keluar dari telaga, namun disebabkan kedalaman yang dalam  ia terperangkap dan tidak dapat melepaskan  dirinya. Peristiwa malang ini berlaku di Sonaighuli village in Guwahati.

Pelbagai usaha telah cuba diambil untuk menyelamatkan haiwan itu namun kesemuanya gagal. Harimau bintang yang telah lama terperangkap itu mula bertindak semakin ganas, setelah melihat orang kampung keliling telaga.

selamatkan-Hariamu-bintang-mydebat
Selepas menunggu lama,seorang doktor haiwan Bijoy Gogoi  telah bertindak berani mempertaruhkan nyawa nya  untuk selamatkan haiwan itu daripada mati di dalam telaga. Beliau dengan berani telah  turun  ke dalam menyelamatkan harimau itu dari dalam telaga.

Apa yang mengejutkan adalah haiwan liar  itu peka dan tahu akan niat beliau dan terus mendiamkan diri tanpa menyerang beliau.Haiwan itu kemudian telah diikat dan dibawa keluar tanpa sebarang kecederaan kepada doktor itu.

selamatkan-Hariamu-bintang-mydebat
Peristiwa ini mengejutkan penduduk kampung itu.  Jarang sekali seekor harimau liar berkelakuan seperti ini dan bekerjasama dalam misi menyelamat.

Akhirnya ia adalah kemenangan kasih sayang, keberanian dan langkah pantas yang ditunjukkan oleh Bijoy bagi selamatkan haiwan liar itu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih