Nazri Cabar Pengkritik ‘Hentam Saya Depan-depan’

Nazri Cabar Pengkritik ‘Hentam Saya Depan-depan’

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar pihak yang mengkritiknya melalui media sosial untuk bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik internet.

“Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB).

“Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk komunikasi).

“Sekiranya anda mahu menghentam (saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah,” katanya.

Nazri berkata demikian selepas beliau dibidas dalam media sosial kerana mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan ‘dibelasah’ kerajaan. lapor Malaysiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih