Nasib Najib Kini Bagaikan ‘Telur di Hujung Tanduk’

Nasib Najib Kini Bagaikan ‘Telur di Hujung Tanduk’

Selepas pukulan mengejutkan The Wall Street Journal (WSJ) pada minggu lalu, nasib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDN disalurkan ke akaun didakwa milik Najib sebelum pilihan raya umum lalu.

Najib menafikannya.

Bagaimanapun ia gagal memberhentikan kritikan menggunung dan bertali arus yang terus mendesak beliau berundur selepas enam tahun mentadbir negara.

Malaysiakini bercakap dengan dua penganalisis politik Khoo Ying Hooi (Universiti Malaya) dan James Chin (Universiti Tasmania) berhubung perkara itu.

Malaysiakini: Adakah Najib berdepan jalan buntu?

Khoo: Jawapan pendeknya, ya. 1MDB bukan hanya mencetuskan kegemparan di kalangan pembangkang tetapi juga orang awam secara umum.

Tetapi apa yang lebih penting, ia turut menggegarkan gabungan parti pemerintah BN.

Chin: Tidak juga, apa yang beliau perlu buat adalah nafi dan selagi Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terima, beliau (Najib) selamat…. Hanya TPM boleh paksa beliau letak jawatan.

Tetapi beliau tidak dapat berundur kerana ia boleh beri tanggapan beliau bersalah terhadap dakwaan-dakwaan dilemparkan dan ia boleh undang pemburuan terhadap beliau dan anggota keluarganya. Pandangan anda?

Khoo: Dengan meletakkan keadaan politik dalam keadaan tidak menentu, apatah lagi nilai ringgit kini terendah sejak 1998, persoalannya sama ada beliau bersalah atau tidak tidak lagi sesuatu yang paling penting kerana keburukan telah pun berlaku.

Kenyataan tidak jelas dan maklumat diberikan kepada orang ramai dalam isu ini telah menggegarkan kepercayaan awam di tahap paling rendah. lapor malaysiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih