NASA: Sungai Eufrat Mulai Mengering, Nabi Muhammad Benar Soal Tanda Kiamat

NASA: Sungai Eufrat Mulai Mengering, Nabi Muhammad Benar Soal Tanda Kiamat

Sungai Eufrat merupakan salah satu tanda menjelang hari kiamat yang disabdakan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan kini, setelah 14 abad nubuwat itu, fenomena yang terjadi pada Sungai Eufrat menarik perhatian NASA.

Sungai Eufrat mengering

Sungai terpanjang di Asia bagian Barat (2,781 meter) yang bermata air di Anatolia Turki dan bermuara di Teluk Parsi ini mengalami proses mengering. Para saintis NASA mendapati, sejak tahun 2003 hingga 2010, debit air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mula Turki, Syria, Iraq sehingga Iran telah kehilangan 144 juta kilometer padu. Debit itu terus berkurang dalam jumlah besar pada tempoh 2010 hingga 2015.

Sementara penduduk sejumlah negara yang dilintasi Sungai Eufrat telah mula bercakap tentang harta karun yang ada dalam sungai bersejarah itu.

Data saintifik yang disajikan NASA dan fenomena masyarakat tempatan ternyata mengarah pada hadis Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam tentang tanda hari kiamat.

لا تقوم الساعة حتى يحسر الفرات عن جبل من ذهب يقتتل الناس عليه فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون ويقول كل رجل منهم لعلى أكون أنا الذى أنجو

“Hari kiamat tidak akan terjadi hingga sungai Eufrat (mengering lalu) menyingkapkan gunung emas. Orang-orang saling membunuh untuk memperebutkannya. Terbunuhlah pada setiap 100 orang itu 99 orang, namun masing-masing dari mereka berkata, ‘Barangkali aku yang menjadi orang yang selamat itu’ “(HR. Muslim)

The Inventory of Confilct and Environmental melaporkan, projek pembangunan Anatolia wilayah selatan (GAP) merupakan salah satu projek yang paling bercita-cita tinggi di dunia. Projek itu menggunakan air sungai Eufrat dan Tigris untuk mengairi 1.7 juta hektar tanah dengan membina 22 buah dam dan 19 kuasa hidro. Projek GAP merupakan salah satu faktor mengeringnya sungai Eufrat kerana menyedut banyak debit air dari sana.

Masya Allah … apa yang disabdakan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam lebih dari 14 abad yang lalu kini mula ada tanda-tanda akan terbukti. Dan memang tidak ada satu pun hadis sahih dari beliau yang tidak terbukti. [Ibnu K / Bersamadakwah]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses