Nahas Trigana Air: 38 Mayat Ditemui Dalam Bangkai Pesawat

Nahas Trigana Air: 38 Mayat Ditemui Dalam Bangkai Pesawat

Jakarta – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui 38 mayat dalam bangkai pesawat Trigana Air yang terhempas bersama 54 penumpang dan anak kapal kelmarin, menurut ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS).

“Terdapat 37 mayat orang dewasa dan seorang kanak-kanak,” kata Bambang Soelistyo kepada Reuters menerusi pesanan ringkas selepas pasukan itu tiba di lokasi pesawat terhempas.

Tiada maklumat berhubung 16 lagi mangsa yang berada dalam pesawat berkenaan, lapor Reuters.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih