Nahas Roller Coaster: 32 Kemalangan Di Alton Towers Didedah

Nahas Roller Coaster: 32 Kemalangan Di Alton Towers Didedah | SEBANYAK 32 kemalangan dalam Nahas Roller Coaster dilaporkan berlaku di taman tema Alton Towers, England sejak tiga tahun lalu, perangkaan itu didedahkan oleh portal Birmingham Mail.

Alton Towers merupakan lokasi kejadian kemalangan permainan roller coaster pada Selasa lalu yang mengakibatkan empat cedera parah.

Satu kejadian berlaku pada Mei 2013 apabila seorang pengunjung dibawa ke hospital selepas mendengar bunyi ‘lehernya terseliuh’ semasa menaiki permainan roller coaster ‘Rita’ dengan kelajuan 96 kilometer sejam.

Insiden lain melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun dibawa ke hospital selepas kepalanya terhantuk dalam permainan ‘rumah hantu’ semasa dia ditakutkan oleh seorang kakitangan yang berlakon sebagai hantu.

Remaja perempuan itu ditolak ke dinding selepas ditakutkan, menyebabkan dia dibawa ke hospital dan menerima jahitan akibat kecederaan dalam kejadian pada April 2013.

Seorang lagi pengunjung wanita yang menaiki permainan ‘Nemesis Sub-Terra’ secara tidak sengaja dicederakan oleh salah seorang ahli keluarganya yang turut menyertainya selepas terkejut.

Dia turut dibawa ke hospital apabila mengalami kecederaan kepala pada Julai 2012.

Butiran itu diperoleh dalam laporan sebelum berlakunya nahas roller coaster ‘The Smiler’ pada Selasa lalu.

Menerusi laporan itu, selain pengunjung, kakitangan taman tema berkenaan turut dilaporkan mengalami kecederaan atau kemalangan Nahas Roller Coaster dalam tempoh tiga tahun.

Seorang jurucakap taman tema yang dimiliki oleh Merlin Entertainments Group berkata sebelum kemalangan membabitkan roller coaster ‘The Smiler’: Alton Towers Resort memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung dan kakitangannya dan kami mempunyai rekod kesihatan dan keselamatan terbaik bagi mana-mana teman tema di UK (United Kingdom).”

Permainan di taman tema itu tertakluk kepada penilaian keselamatan dan diperiksa oleh jurutera penyelenggaraan berpengalaman bagi memastikan semua prosedur ketat dipenuhi.

“Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk bantuan kecemasan dan pasukan penyelamat yang terlatih.

“Kami turut memaparkan amaran kesihatan di setiap pintu masuk permainan mengenai semua maklumat yang perlu diketahui mereka sebelum membuat keputusan untuk menaikinya.

“Lebih 12.6 juta orang menaiki permainan dengan selamat di sini pada setiap musim,” kata jurucakap itu. lapor mStar.

nahas-roller-coaster

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih