Nahas Bot Bawa Rohingya Meningkat Kepada 26 Orang

Nahas Bot Bawa Rohingya Meningkat Kepada 26 Orang

Nahas Bot Bawa Rohingya Meningkat Kepada 26 Orang – DHAKA – Angka kematian nahas bot karam membawa pelarian Rohingya di sebatang sungai yang memisahkan sempadan negara itu dengan Bangladesh meningkat kepada 26 orang pada Selasa, selepas 12 mayat lagi ditemui, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), polis dan penduduk tempatan menjumpai kesemua mayat dalam keadaan terapung di Teluk Bengal berhampiran Pulau Shah Porir dalam daerah Cox’s Bazar, kira-kira 292 kilometer di tenggara ibu negara Dhaka, kata seorang pegawai.

Nahas Bot Bawa Rohingya Meningkat Kepada 26 Orang

“Mayat 12 kanak-kanak dan wanita itu dijumpai pagi Selasa dan ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 26 orang daripada 14 sebelum ini,” kata seorang pegawai pentadbiran daerah Cox’s Bazar yang enggan namanya didedahkan.

Beliau berkata bot yang sarat dengan 50 pelarian Rohingya itu terbalik pada lewat Ahad malam susulan cuaca buruk.

Sekurang-kurangnya 11 pelarian Rohingya berjaya diselamatkan dan kebanyakan mangsa nahas itu adalah kanak-kanak, katanya.

Lebih setengah juta orang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh dari negeri Rakhine di Myanmar susulan gelombang keganasan kembali melanda rantau itu sejak 25 Ogos.

Sejumlah 132 pelarian Rohingya maut ketika cuba menyeberang ke negara jiran Bangladesh sejak 29 Ogos dalam sekurang-kurangnya 25 nahas membabitkan bot karam. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih