Nahas Bas Ekspres: “Selamatkan Anak Saya” – Rayu Isteri Pemandu Bas

Nahas Bas Ekspres: “Selamatkan Anak Saya” – Rayu Isteri Pemandu Bas – MUAR: “Kak, anak saya…mana anak saya kak…tolong…,” demikian rintihan seorang wanita mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh, di sini, awal hari ini. Perkara itu diceritakan seorang saksi kemalangan, Robiyah Tayeb, 48, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jayor, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Katanya mangsa berkenaan mendakwa dia adalah isteri pemandu bas itu dan memaklumkan anak perempuannya turut bersama mereka dalam bas tersebut.

nahas bas ekspres

Nahas Bas Ekspres: “Selamatkan Anak Saya”

“Wanita yang cedera di muka itu memberitahu dirinya adalah isteri kepada pemandu dan meminta kami mencari anaknya, Zara.

“Apabila ditemukan anaknya, kanak-kanak itu bagaimanapun, sudah meninggal dunia,” katanya.

Robiyah berkata selain menolong membawa keluar wanita itu, dia turut sempat membantu seorang mangsa lelaki.

Bercerita dengan lebih lanjut, Robiyah berkata dia terdengar bunyi kuat dari ruang tamu rumah, namun tidak menyangka ia membabitkan nahas bas.

“Kebetulan saya juga tidak dapat melelapkan mata sejak pulang dari bekerja kira-kira pukul 11 malam tadi,” katanya yang bekerja di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah selatan, yang terletak berdekatan dengan lokasi kemalangan. Nahas Bas Ekspres: “Selamatkan Anak Saya”

Robiyah yang merupakan isteri Ketua Kampung Jayor, Kamaruddin Abdullah, turut mendakwa kawasan lebuh raya itu merupakan lokasi yang kerap berlaku kemalangan. – BERNAMA

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...