Nafkah Terakhir Seorang Suami Sebelum Maut..

Nafkah Terakhir Seorang Suami Sebelum Maut..

Nafkah Terakhir Seorang Suami Sebelum Maut.. – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal sempat meninggalkan duit belanja buat isterinya sebelum dia menemui ajal dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Semabok di sini semalam.

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, Lans Koperal Mohd Hilmi Ismail, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Ismail Abd Majid, 52, meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Melaka, ketika sedang dirawat.

Nafkah Terakhir Seorang Suami Sebelum Maut..

Difahamkan, ketika kejadian anggota polis terbabit dari Balai Polis Ayer Keroh, sedang melakukan ronda cegah jenayah.

Mangsa dikatakan mengejar suspek curi motosikal yang juga menunggang motosikal menyebabkan dia melawan arus.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian Mohd Hilmi yang menunggang Motosikal Yamaha 135LC bergerak secara melawan arus dari arah Jalan Semabok Lama menghala persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ.

“Bagaimanapun setiba dilokasi kejadian motosikal mangsa kemudian bertembung dengan motosikal Modenas Kriss ditunggang Ismail yang menghala ke arah Melaka Sentral.

“Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dibahagian muka manakala Ismail meninggal ketika menerima rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan mengesahkan kemalangan maut meragut nyawa anggotanya.

Beliau berkata, pihaknya melahirkan ucapan takziah kepada keluarganya selain menyifatkan pemergian mangsa kehilangan besar buat pasukan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih