Musang King Dah Luruh, Datanglah Ke Raub

Mereka yang berminat untuk menikmati durian Musang King boleh datang ke Raub kerana ia sudah mulai luruh sekarang. MusangKing akan berbuah selama lima bulan hingga Ogos ini di Raub, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Hasan Jusoh.

Musang King Dah Luruh, Datanglah Ke Raub

Beliau berkata musim gugur MusangKing telah bermula awal bulan ini manakala durian kampung dijangka akan mulai luruh tidak lama lagi.

Musang King Dah Luruh, Datanglah Ke Raub

“Minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun harga runcitnya ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan,” katanya kepada Bernama.

Hasan berkata pengusaha Musang King lebih selesa menjual sendiri buah itu dan akan merujuk kepada FAMA jika berhasrat untuk mengeksport ke negara luar seperti Singapura dan Brunei yang memberi sambutan luar biasa kepada buah itu.

Beliau menambah selain buah segar, turut mendapat permintaan ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan dan tempoyak yang diperbuat daripada isi MusangKing.

“Tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap. Pada kebiasaannya dijual pada harga RM60 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM120,” kata Hasan.

Musang King Dah Luruh, Datanglah Ke Raub

Beliau berkata musim luruh Musang King di Raub mendahului durian di kawasan lain kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa beserta kesesuaian tanah.

Beliau menasihatkan pembeli untuk memeriksa durian yang dibeli dengan sewajarnya bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.

“Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bawah buahnya,” katanya. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous