Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 – 2019 Semenanjung Malaysia

Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 – 2019 Semenanjung Malaysia  – Anda ibu bapa yang ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2018 dan 2019 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1) di seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia ambilan 2018 dan 2019 akan di buka secara online. Permohonan online akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM). Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan adalah melalui sekolah secara manual.

Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 - 2019 Semenanjung Malaysia

Walaubagaimanapun, sistem online masih belum dapat dilakukan untuk negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dan perlu mendaftar melalui sekolah secara manual.

Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 – 2019 Semenanjung Malaysia

Siapa Yang Layak Mendaftar?

Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2011, 2012, dan hari pertama 2013.

  • Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012: Tahun Persekolahan 2018
  • Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013: Tahun Persekolahan 2019

*Pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum persekolahan ya. Jadi, ibu bapa boleh terus mendaftar untuk memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing.

Untuk makluman, tarikh pendaftaran Tahun Satu bagi anak-anak ini akan dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.

Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 - 2019 Semenanjung Malaysia

Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 – 2019 Semenanjung Malaysia

Cara Membuat Pendaftaran Tahun Satu Secara Online

1. Isi Borang Online

Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my

2. Cetak Borang

Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan

Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.

Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:

1) Cetakan borang permohonan online

2) Sijil lahir / anak angkat

3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)

4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga

5) Surat nikah / surat cerai

6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)

4. Semak Status Permohonan Tahun Satu

Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Permohonan Online Murid Tahun 1 2018 – 2019 Semenanjung Malaysia

Maklumat Lanjut

Jika mengalami masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran ini, ibu bapa boleh berhubung dengan pegawai pendaftaran di Kementerian Pendidikan Malaysia pada talian yang tertera di bawah.

Atau lebih mudah lagi, ibu bapa juga digalakkan untuk berhubung terus dengan pihak sekolah yang ingin dipohon.

Rujuk manual ini untuk memudahkan permohonan borang secara online: cara-pendafaran-murid-tahun-1-edr

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1
(Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri

Carian Yang Berkaitan:

  • daftar darjah 1 2018
  • daftar online skolah darjah 1
  • pendaftaran darjah 1 2018
  • pendaftaran sekolah tahun 1 2018
  • pendaftaran tahun 1 2018

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous