Murid Hentak Kepala Guru Dengan Batu Ketika Solat

Murid Hentak Kepala Guru Dengan Batu Ketika Solat
Murid Hentak Kepala Guru Dengan Batu Ketika Solat – KUALA LUMPUR: Gara-gara bimbang cubaannya mencuri disedari, seorang pelajar berusia 13 tahun bertindak menghentak kepala seorang guru dengan batu ketika mangsa sedang solat Zuhur.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari Isnin lalu, suspek dikatakan bertindak demikian kerana mahu mencuri wang milik guru wanita berkenaan.

Murid Hentak Kepala Guru Dengan Batu Ketika Solat

Akibat tindakan itu, guru wanita berusia 23 tahun itu menerima 17 jahitan di kepala dan kini dilaporkan stabil.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah berhampiran ditahan guru dan pengawal keselamatan selepas terdengar jeritan guru terbabit.

“Siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

“Ujian saringan air kencing suspek didapati negatif,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata.

[Ini Kata-Kata Ayahanda Untuk Para Suami Yang Mudah TEWAS!!]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih