MRSM Yang Pertama Dibuka Di Malaysia

Kolej Mara Seremban MRSM Yang Pertama Dibuka

MRSM Yang Pertama Dibuka Di Malaysia – Maktab Rendah Sains Mara yang pertama ditubuhkan ialah Maktab Rendah Sains Mara Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972. Maktab ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1975.

mrsm seremban

MRSM Yang Pertama Dibuka Di Malaysia

Tujuan penubuhan MRSM ialah merintis peluang pendidikan sains, teknologi dan matematik kepada pelajar bumiputera. Dengan itu, seramai 150 orang pelajar perintis Bumiputera yang terdiri daripada lelaki sahaja telah menjadi kumpulan pertama diterima belajar di maktab ini. Namun, Maktab Rendah Sains Mara ini telah berhenti menerima kemasukan pelajar pada tahun 1986 kerana dalam proses penukaran kepada Kolej Mara Seremban. Pada Februari 1994, Maktab Rendah Sains Mara ini secara rasminya telah dinaik taraf daripada Maktab Rendah Sains Mara Seremban kepada Kolej MARA Seremban. Sehingga kini terdapat 21 buah MRSM dan 4 Kolej MARA di seluruh negara.

mrsm seremban

mrsm seremban

mrsm seremban

mrsm seremban

mrsm seremban

mrsm seremban

mrsm seremban

mrsm seremban

Antara nama-nama besar yang lahir dari kolej ini adalah seperti Dato’ Sri Shazalli Ramly (Pengarah Urusan Celcom M’sia Berhad) dan Dato’ Seri Abdul Wahid Omar (Pengarah Urusan Maybank Berhad). – orangnogori.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin