Mohamad Fuzi Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

Ketua Polis Negara Baharu

Mohamad Fuzi Dilantik Ketua Polis Negara Baharu – KUALA LUMPUR, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara baharu bermula hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib.

Khalid bersara selepas 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia.

Majlis serah terima tugas, diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) sebentar tadi.

Turut dilaksanakan hari ini ialah majlis penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia, antara Puan Sri Imran Ibrahim dan Datin Seri Azizah Hamdi.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih