Misteri Kubur Terangkat Di Makam Diraja Langgar

Makam Diraja Langgar

Misteri Kubur Terangkat Di Makam Diraja Langgar – Di sebalik tembok Makam DiRaja Langgar.

Irfan bertanya ..

Kenapakah makam ini jadi begini abah ?

Sultan Kedah kan sangat kaya ?

Dulu kan Sultan Kedah bagi kat Siam Bunga Emas dan Bunga Perak macam kat muzium tu… macam tu saja…Kat Siam ?

Kenapa makam ni tak cantik macam makam lain abah??

Bila anak bertanya …cikgu kena jawab …

Inilah makam Tunku Yaakob atau di kenali Tunku Embon Ibni Tunku Abdullah.

Sejarah tidak akan menipu kita..Boleh diceritakan kepada anak cucu kita.

Misteri Kubur Terangkat Di Makam Diraja Langgar

“DENDAM TAK SUDAH”

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

kubur di tutupi busut dan tumbuhan nampak seolah-olah kubur terangkat dari permukaan tanah

Makam ini pernah di gali beberapa kali . Sebabnya Tunku Yaakob menderhakai Sultan Kedah berpakat dengan Siam. Sebenarnya makam ini tidak berada di dalam kawasan Makam DiRaja . Disebabkan kawasan makam DiRaja ini terpaksa dibesarkan kerana pertambahan makam makam kerabat Di raja Kedah, maka makam Tunku Yaakub terpaksa di gali semula kemudian di tanam di luar Makam Diraja kerana tidak mendapat perkenan Sultan yang memerintah.

Sudah beberapa kali makam ini terpaksa di gali untuk di tanam di luar Makam Diraja dengan kuasa Allah di atas Makam Tunku Yaakob ini timbul terbinanya sarang anai-anai sebegini.Akhirnya makam ini KEKAL berada di dalam kawasan Makam Diraja sehingga sekarang atas persetujuan Sultan Abdul Halim tambahan pula sarang anai-anai yang besar berada diatas makam ini.

Kisah Tunku Yaakob menentang Sultan Kedah ketika itu menyebabkan Sultan Kedah kehilangan Takhta dan melarikan diri ke Melaka.

Akhirnya Tunku Anum berjaya mendapatkan balik negeri Kedah dari taklukan Siam dan Kedah terpaksa menghantar BUNGA EMAS dan BUNGA PERAK kepada Kerajaan Siam. Kisah galur sejarah ini membawa kepada terbentuknya Kerajaan Negeri Perlis sekarang ini.

Sumber: Mohd Shukor Nor Hafiza

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih