Misteri Kehilangan Budak Perempuan 5 Tahun Terjawab..

Misteri Kehilangan Budak Perempuan 5 Tahun Terjawab | GOMBAK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang hampir tiga jam di Jalan Gombak, di sini, ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kanak-kanak itu di dakwa keluar bermain di halaman rumah sebelum ditemui merayau-rayau seorang diri oleh orang awam di sebuah restoran di Batu 6 Jalan Gombak, kira-kira jam 1.20 pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu diserahkan warisnya untuk dijaga oleh adik iparnya kira-kira jam 12.45 tengah malam, atas alasan ibu kanak-kanak itu berada di hospital kerana bersalin.

“Sebaik ditemui, kanak-kanak tersebut dibawa ke balai Polis Gombak dan hebahan telah dibuat kepada semua anggota bertugas, ketua-ketua kampung dan nazir masjid di kawasan Gombak bagi membantu mengesan ibu bapanya.

“Keluarga kanak-kanak itu yang berhasrat membuat laporan polis di Balai Polis Gombak terkejut selepas menemui kanak-kanak itu di balai polis berkenaan kira-kira jam 4 pagi,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu diserahkan kembali kepada keluarganya kira-kira jam 4.20 pagi. lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih