MISTERI !! Hilang Di Hutan Gara-Gara Sikap Sombong

MISTERI !! Hilang Di Hutan Gara-Gara Sikap Sombong – Pada suatu hari, Amar telah mengajak rakan-rakannya iaitu Amer, Aiman dan Danish untuk pergi berkhemah di kawasan hutan. Pada mulanya mereka semua tidak bersetuju dengan rancangan Amar itu. Berasa kesal dengan penolakan rakan-rakannya, Amar dengan suara marah berkata, “Korang ni pengecut ke?”.

Hilang Di Hutan
MISTERI !! Hilang Di Hutan Gara-Gara Sikap Sombong

“Jomlah wei, mesti seronok kita camping kat hutan tu,” kata Amar cuba memujuk rakan-rakannya untuk turut serta dalam rancangannya. Kerana tidak mahu terus bergaduh dan membuat Amar berkecil hati, akhirnya mereka semua terpaksa mengikut ajakan Amar yang agak panas baran tu. Mereka semua berasa pelik kenapa tiba-tiba sahaja dia nak masuk hutan.

Untuk itu, mereka berempat menyediakan barang-barang keperluan seperti khemah, lampu, bekalan makanan dan sebagainya kerana ingin berkhemah di hutan selama 3 hari 2 malam. Apabila tiba hari yang dijanjikan, mereka semua berkumpul di suatu tempat yang telah ditentukan.

camping gear

Pada malam Jumaat itu, mereka menuju ke hutan yang dikatakan oleh Amar. Semasa dalam perjalanan, Aiman bertanya, “Apasal mesti kita pergi malam jumaat ni juga, malam sabtu tak boleh ke?”. Amar dengan angkuhnya menjawab, “Kau ni pengecutlah Aiman, belum masuk hutan lagi dah macam-macam kau nak tanya!!”.

Aiman berusaha mempertahankan diri dengan berkata, “Aku bukan pengecut, cuma aku nak beritahu kawasan hutan ini terlalu keras. Dah macam-macam cerita yang aku dengar”. “Kau ni Aiman, tak nak pergilah tu. Macam-macam alasan pula kau bagi,” kata Amar sambil mendengus. “Bukan macam tu, tapi tempat ni memang betul-betul keras,” kata Aiman sambil menggelengkan kepalanya melihat sikap sombong Amar.

Setelah mereka sampai ke destinasi yang dituju, mereka memberhentikan kereta di bahu jalan kerana laluan masuk ke hutan tersebut agak sempit. Tidak muat untuk dilalui oleh sebuah kereta pun. Maka terpaksalah mereka meninggalkan kereta di tepi hutan dan berjalan kaki sahaja dari situ.

Sebelum masuk ke hutan tersebut terdapat beberapa papan tanda yang mengatakan “Jangan Cakap Besar” dan ada juga yang mengatakan “Dilarang Melalui Jalan Ini”. Akan tetapi hanya Aiman sahaja yang perasan akan papan-papan tanda itu. Aiman memberitahu Amar tentang perkara tersebut dan mencadangkan supaya mereka tidak menggunakan jalan ini tetapi tidak diendahkan. Amer dan Danish pula hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak bercakap walau sepatah ayat pun.

papan tanda

Dek keranan kedegilan Amar, terpaksalah mereka berjalan melalui jalan yang dilarang itu. Lama-kelamaan mereka berasa pelik kerana mereka bagaikan berjalan tempat yang sama. Tiba-tiba sesuatu perkara yang tidak dingini telah terjadi kepada mereka. Semasa tengah berjalan itu mereka tidak sedar bahawa Amer telah tiada bersama mereka. Aiman dan Danish menggigil ketakutan memikirkan Amer yang telah hilang.

Dalam kekalutan itu Amar berkata, “Wei rilekslah korang, Amer sengaja nak kenakan kita ni”. Mereka bertiga pun berjalan sambil mencari Amer. Mereka melaung-laungkan nama Amer namun hampa kerana Amer tidak dapat ditemui. Setelah beberapa lama mencari-cari Amer, mereka tidak sedar yang Danish juga turut hilang dari kumpulan mereka. Kini, hanya tinggal Amar dan Aiman berdua sahaja.

Setelah menyedari Danish turut hilang dan Amer pula masih dijumpai, Amar dan Aiman mula panik. Mereka berdua memutuskan untuk mencari jalan keluar dan meminta bantuan mencari rakan-rakan mereka yang hilang di dalam hutan tersebut. Lebih kurang dalam 20 minit berjalan, akhirnya mereka jumpa juga jalan keluar. Mereka ingin memanggil polis untuk mencari Amer dan Danish.

Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta, tiba-tiba Amar terjatuh ke dalam gaung yang agak dalam. Aiman memanggil-manggil nama Amar namun tiada sebarang sahutan. Aiman berasa pelik kerana bila masanya di situ ada gaung? Semasa mereka baru sampai di kawasan itu, dia tidak perasan pun ada gaung yang dalam kat situ.

Tanpa berlengah lagi, Aiman pun terus berlari menuju ke kereta. Di dalam kereta, Aiman ternampak lembaga hitam di jalan yang dilaluinya tadi. Bukan satu, tetapi terdapat tiga lembaga di jalan tersebut. Seluruh bulu roma di badan Aiman terasa meremang namun dia cekalkan hati dan kuatkan semangatnya. Dia memandu kereta dan pergi ke balai polis yang berdekatan untuk menceritakan perihal kawan-kawannya yang hilang di hutan itu.

lembaga hitam

Pagi keesokan harinya, pihak polis menjumpai Amer dan Danish di dalam hutan tersebut dalam keadaan selamat. Nasib baik mereka masih hidup namun malangnya Amar gagal dijumpai. Kami sungguh sedih akan kehilangan Amar kerana walaupun sikapnya agak menyakitkan hati tetapi kami adalah sahabat baik. Kami tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu untuk mendoakan keselamatannya.

Sehingga sekarang peristiwa kehilangan Amar kekal sebagai misteri. Jika nak dikatakan bahawa Amar meninggal di dalam gaung tersebut, jasadnya tidak pernah ditemui. Jadi sebagai peringatan kepada semua terutamanya pembaca-pembaca setia kisahseram.com, janganlah kita sombong, berlagak, bercakap besar dan sebagainya terutama di kawasan hutan kerana makhluk-makhluk halus kebanyakannya tingal di dalam hutan. – Kisahseram

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin