Misteri Bau Busuk Bilik Hotel Terungkai..

Misteri Bau Busuk Bilik Hotel Terungkai | Melaka – Bau busuk daripada sebuah bilik hotel membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah hotel di Melaka Raya, di sini, pagi tadi.

Lelaki itu berusia 46 tahun dan berasal dari Batu Pahat, Johor dikatakan mendaftar masuk hotel itu sejak Khamis lalu ditemui pekerja hotel selepas terhidu bau busuk daripada bilik berkenaan kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata kakitangan hotel yang terhidu bau busuk menghubungi polis kerana tidak dapat masuk ke balik kerana berkunci dari dalam.

“Polis menerima panggilan kira-kira 8.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian sebelum terpaksa memecahkan pintu bilik dan menemui mayat lelaki itu,” katanya dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. “Punca kematian masih disiasat dan polis sedang mengesan waris mangsa,” katanya, lapor Berita Harian.

KES TEMBAK DI HOTEL

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih