MH370 Terkini : MAS Berharap Akhirnya Akan Dapat Dikesan

MH370 Terkini : MAS Berharap Akhirnya Akan Dapat Dikesan – Malaysian Airline System Berhad (Pentadbir Dilantik) atau MAS berharap maklumat baharu akan muncul yang akhirnya membawa kepada penemuan pesawat MH370 itu.

MH370 Terkini

Ia sebagai respons kepada kenyataan tiga pihak yang dikeluarkan hari ini oleh kerajaan Malaysia, Australia dan China untuk mengumumkan bahawa pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu telah digantung.

“MAS tetap berharap bahawa dalam masa terdekat, maklumat baharu dan penting akan diperoleh dan pesawat itu akhirnya akan ditemukan,” kata MAS menerusi satu kenyataan.

MH370 Terkini : MAS Berharap Akhirnya Akan Dapat Dikesan

MAS berkata syarikat itu patuh kepada keputusan ketiga-tiga kerajaan untuk menggantung pencarian itu, yang digambarkannya sebagai satu usaha yang teliti dan menyeluruh, merangkumi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

“Kami berkongsi kesedihan bahawa pencarian itu tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan semua,” kata syarikat itu, berhubung tragedi 8 Mac 2014 yang berlaku ketika pesawat itu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

MH370 Terkini : MAS Berharap Akhirnya Akan Dapat Dikesan

MAS melahirkan penghargaan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pencarian itu, terutamanya Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, yang mengetuai misi itu selama hampir tiga tahun.

“Syarikat penerbangan itu menghargai usaha gigih dalam mencari MH370 oleh begitu banyak insan yang amat cekal dari seluruh dunia.

“Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terkesan oleh tragedi ini. Kita kehilangan sebahagian daripada keluarga kita dan mereka akan dikenang buat selama-lamanya,” kata kenyataan itu. –Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih