MH370 Dijumpai di Mozambique

MH370 Dijumpai di Mozambique – Belum dapat disahkan bahawa objek yang dijumpai di Mozambique ialah milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut yang dijumpai berkemungkinan milik pesawat MH370.

MH370 Dijumpai di Mozambique

“Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini,” kata beliau dalam laman Twitter malam ini.

MH370 Dijumpai di Mozambique

Liow mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihan dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.

“Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu,” kata Liow.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis. MH370 Dijumpai di Mozambique

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut. – Bernama

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!