MESTI BACA !! Bahaya Sukan Waktu Malam

MESTI BACA !! Bahaya Sukan Waktu Malam

Kepada mereka yang suka bersukan pada waktu malam harus berjaga-jaga kerana anda berkemungkinan besar boleh diserang penyakit berbahaya contohnya darah tinggi dan masalah jantung tanpa disedari.

Tidak dinafikan aktiviti sukan seperti futsal, badminton dan bina badan di gimnasium pada waktu malam kini menjadi gaya hidup warga kota gara-gara waktu bekerja yang padat pada siang hari sebenarnya boleh menjadi pembunuh senyap.

Aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad menyatakan seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekaligus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam tetapi berpada-pada dengan melakukan senaman ringan yang tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih