MENGEMPARKAN !! Fenomena Hujan Ikan di India

MENGEMPARKAN !! Fenomena Hujan Ikan di India

Fenomena alam semula berlaku. Kini, datang dari India. Beberapa waktu lalu India sempat terkena gelombang panas namun minggu lalu, India mendapati hujan ikan di daerah Vijayawada, Andhra Pradesh. Penduduk pun kaget mendapati hal ini.

Dilaporkan oleh One India, beratus-ratus ikan jatuh di sawah-sawah berlumpur kampung itu serta tempat-tempat lain. Dipercayai ikan itu jatuh bersama hujan lebat. Penduduk kampung percaya bahawa ikan-ikan tersebut berjatuhan dari langit dalam beberapa waktu, Jumaat minggu lalu.

Warga yang melihat akan mengkhabarkan peristiwa itu. Begitu mendengar ada penemuan banyak ikan, warga lain dari kawasan sekitar akan datang untuk memungut haiwan air tersebut.

Ratusan ikan yang biasa mereka kenal sebagai Vallaga, sepanjang antara 4-6 inci (10.16 cm-15,24 cm) pun berjaya dikumpulkan.

Sementara itu Duggaraju Srinivas, ahli biologi marin yang juga mengatakan bukan tak mungkin ikan jatuh dari langit.

Walaupun penduduk dan masyarakat dunia menganggap ini seperti sebuah kejanggalan. Namun para ahli mempunyai pernyataan logik yang boleh dibilang, sukar untuk dibantah.

Menurut para ahli, ikan-ikan itu terangkat dari perairan akibat hujan bercampur angin ribut dan terbawa oleh tornado ke daratan. Hujan ikan bukan hal yang baru terjadi. Sejak abad 19 diketahui sudah beberapa kali terjadi di berbagai Negara.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih