MENGEJUTKAN !! Wanita Tanpa Pakaian Ditemui Terbaring Dalam Longkang..

MENGEJUTKAN !! Wanita Tanpa Pakaian Ditemui Terbaring Dalam Longkang..

Penampang – Seorang wanita ditemui terbaring tanpa pakaian di dalam sebuah longkang di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, jam 12 tengah hari tadi.

Wanita berusia 20-an itu ditemui dalam keadaan lemah oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobdin, berkata ada kesan kecederaan ditemui pada tubuh wanita itu dan dia kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada wanita terbabit menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya.

Wanita-bogel

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih