Mengejutkan ! Penggalan Al-Quran Tertua di Dunia Ditemui

Mengejutkan ! Penggalan Al-Quran Tertua di Dunia Ditemui

Penggalan Al-Quran tertua di dunia kemungkinan besar telah ditemui oleh Universiti Birmingham.Penanggalan radiokarbon menunjukkan manuskrip itu berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun, membuatnya menjadi salah satu teks tertua di dunia.

Ahli manuskrip dari British Library, Dr Muhammad Isa Waley, mengatakan “penemuan menarik” ini akan membuat kaum Muslim “bersuka cita”.

Manuskrip itu disimpan bersama koleksi buku-buku dan dokumen Timur Tengah lain, tanpa dikenal pasti sebagai penggalan Al-Quran tertua.Apabila seorang penyelidik mengamati laman-laman itu lebih lanjut, ia telah memutuskan untuk melakukan uji penanggalan radiokarbon dan penemuan mereka pun “mengejutkan”.

Pengarah koleksi istimewa universiti itu, Susan Worrall, berkata para penyelidik “sama sekali tidak menduga” usia Al-Quran itu.”Mengetahui kita mempunyai penggalan salah satu Al-Quran tertua di dunia sangat menggembirakan.”Kajian itu dilakukan oleh unit pecutan radiokarbon di Universiti Oxford.

Hasil kajian menunjukkan potongan-potongan itu, yang ditulis di kulit domba atau kambing, merupakan salah satu serpihan Al-Quran tertua di dunia.

150721174634_koran_old_640x360_bbc_nocredit

[Penanggalan radiokarbon menunjukkan manuskrip berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun]

150722021546_oldest_koran_in_burmingham_624x351_bbc

[Penemuan penggalan Al-Quran diharapkan membawa saintis pada tahun penemuan Islam]

“Ini boleh membawa kita mendekati tahun penemuan Islam,” kata David Thomas, profesor bidang kajian Kristian dan Islam di universiti tersebut.

“Orang yang menulisnya mungkin bahkan kenal dengan Nabi Muhammad. Dia mungkin melihat dan mendengar Nabi berkhutbah. Mungkin dia juga kenal Nabi – dan itu adalah kemungkinan yang luar biasa, “katanya.

Aksara Hijazi

Manuskrip itu ditulis dengan aksara Hijazi, yang merupakan penulisan aksara Arab dahulu kala.

Kerana penanggalan radiokarbon menunjukkan rentangan kemungkinan usia, terdapat sejumlah manuskrip koleksi umum dan peribadi yang dianggarkan juga berusia hampir sama.

Jadi tidak mungkin memastikan yang mana merupakan penulisan Al-Quran paling awal.

Namun penemuan usia paling awal manuskrip di Birmingham ini -tahun 645 -Kemungkinan membuatnya menjadi manuskrip tertua.

Waley, kurator manuskrip-manuskrip di British Library, mengatakan “dua lembaran ini, yang ditulis dengan aksara Hijazi yang indah dan terbaca jelas, hampir pasti berasal dari jaman tiga khalifah pertama”.

Tiga khalifah pertama merupakan pemimpin komuniti Muslim antara tahun 632 dan 656.

“Ketika saya pertama melihat lembaran ini, saya sangat tersentuh. Air mata saya penuh emosi dan kebahagiaan.

Dan saya yakin Birmingham akan didatangi warga dari sekeliling Inggeris yang ingin melihat lembaran-lembaran ini, “kata Muhammad Afzal, dewan masjid pusat Birmingham.

Profesor Thomas berkata penemuan ini akan menunjukkan warga Birmingham mereka mempunyai “harta yang nilainya tidak boleh dibandingkan”. (BBC)

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!