MENGEJUTKAN !! Mesti Senyum Jika Tak Mahu Didenda RM3,963..

MENGEJUTKAN !! Mesti Senyum Jika Tak Mahu Didenda RM3,963 | OXFORD – BRITAIN. Senyum atau didenda. Itu adalah undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Oxford kepada pemuzik jalanan di sini.

Pemuzik jalanan diwajibkan untuk senyum sepanjang masa ketika membuat persembahan atau akan didenda sebanyak £1,000 (RM3,963) jika ingkar.

Majlis bandaraya itu memperkenalkan sebuah undang-undang Perlindungan Awam untuk mengekang tabiat anti sosial di mana pemuzik jalanan dikehendaki untuk “senyum, berseronok dan menghiburkan orang ramai”.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya £100( RM386) hingga £1,000 (RM3,963) dan lesen untuk mengadakan persembahan juga turut ditarik balik.

Walau bagaimanapun kod undang-undang baharu itu mendapat bantahan daripada pemuzik jalanan kerana menganggap ia adalah ‘jenayah’ kepada mereka.

Salah seorang pemuzik jalanan profesional, Jonny Walker berkata, sebanyak 5,000 tandatangan berjaya dikumpul sebagai tanda bantahan terhadap undang-undang baharu itu.

“Sebagai seorang pemuzik jalanan, anda tidak menyakiti orang. Undang-undang ini tidak perlu kerana ia akan mewujudkan suasana takut dan dalam kawalan,” katanya.

Selain itu, kod undang-undang itu juga tidak membenarkan pemuzik mengadakan persembahan lebih dari satu jam di tempat yang sama dan tidak dibenarkan bermain alatan muzik dengan kuat.

Malah mereka juga diharamkan untuk berdiri atau menyelubung diri dengan selimut atau beg tidur kerana ia memberi gambaran seperti seorang pengemis.

Sementara itu, Ahli Majlis David Thomas turut mengkritik pelaksanaan undang-undang tersebut kerana menyifatkannya sebagai ‘cara malas untuk membuang orang  jalanan’.

Ketua Ahli Majlis, Bob Price pula berkata, “senyum, berseronok dan hiburkan orang ramai” adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menganggap busking sebagai menyeronokkan, bukan hanya sebagai satu cara untuk membuat wang.

“Ia bukan satu elemen kanun yang akan menjadi subjek tindakan penguatkuasaan,” katanya. lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih