MENGEJUTKAN !! Kereta Atas Bumbung

MENGEJUTKAN !! Kereta Atas Bumbung

Durban, Afrika Selatan: Seorang lelaki yang nyenyak tidur terkejut apabila mendapati sebuah kereta tiba-tiba terjatuh di atas bumbung rumahnya, di sini kelmarin.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia tidur di dalam bilik sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di bahagian ruang tamu rumahnya.

Apabila keluar untuk melihat apa berlaku, lelaki itu terkejut melihat sebuah kereta di atas bumbung rumahnya.

“Saya terkejut melihat kereta menembusi bumbung rumah saya dan ada seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan,” katanya. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih