MENGEJUTKAN !! Daging Ini Derdenyut Ketika Hendak Dipotong

MENGEJUTKAN !! Daging Ini Derdenyut Ketika Hendak Dipotong

China: Seorang wanita ketakutan selepas mendapati daging yang dibelinya masih berdenyut ketika dia hendak memotongnya. Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Cheng hendak memotong daging berkenaan apabila menyedari ia bergerak, seolah-olah hidup.

Dia sempat merakam kejadian itu dan menyiarkan klip video itu di Internet.

“Ia kelihatan seperti masih hidup. Atau mungkin ada cacing atau sesuatu di dalamnya yang menyebabkan ia berdenyut.

“Namun, apabila memotongnya, saya tidak menemui apa-apa kecuali lapisan daging biasa,” katanya.

Pakar Jabatan Haiwan Lv Suwen berkata, daging berkenaan berdenyut kerana saraf padanya masih belum mati.

“Daging itu segar kerana ia baru disembelih. Sistem saraf utama sudah mati tetapi saraf pada otot masih hidup menyebabkan ia berdenyut,” kata Lv.

Menurut Cheng, dia membeli daging itu pada jam 8 pagi dan mula memotongnya jam 9 pagi. – Agensi

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!