MENGEJUTKAN !! $100 Bilion Hanya Untuk Beli 3 Telur ?!!

MENGEJUTKAN !! $100 Bilion Hanya Untuk Beli 3 Telur ?!!

Harare: Bank Pusat Zimbabwe menawarkan kepada rakyat negara itu untuk menukar wang kertas Zimdolar kepada dolar Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, untuk menukar 100 trilion dolar Zimbabwe mereka hanya akan memperoleh AS$0.40 saja.

Zimbabwe tidak lagi menggunakan nilai matawangnya sendiri sejak 2009 dan menggantikannya dengan sistem dikuasai dolar AS dan rand Afrika Selatan selepas inflasi yang melanda negara itu menjangkau 230 juta peratus.

Sejak itu, penjaja jalanan juga enggan menerima not Zimdolar.

Dengan wang 100 bilion Zimdolar pembeli hanya boleh membeli tiga biji telur. Sementara 100 trilion Zimdolar hanya boleh digunakan untuk tambang bas selama seminggu.

Tidak hairanlah jika melihat rakyat negara itu membawa beberapa bungkusan wang untuk membeli roti dan susu.

Mulai esok, mereka boleh menukar Zimdolar yang masih disimpan kepada dolar AS.

Ia sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk menarik balik peredaran matawang tempatan secara menyeluruh.

Sebahagian penduduk di Harare berkata, mereka sudah lama membuang Zimdolar.

“Saya jadikannya baja untuk tanaman saya,” kata penjaja Isaac Mutezowepasi.

Yang lain berkata, mereka masih menyimpan wang kertas itu dan tidak tertarik dengan tawaran kerajaan.

“Saya mahu menyimpannya untuk ditunjukkan kepada cucu saya. Tambahan pula, saya yakin nilai Zimdolar akan meningkat kerana banyak permintaan apabila ia semakin pupus,” kata pereka grafik Tendai Nyaundi. – Agensi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih