Mengapa Melayu Mudah Terjebak Perkara (MLM) Seperti Ini ?!!

Mengapa Melayu Mudah Terjebak Perkara (MLM) Seperti Ini ?!! | Seminar Multi-Level-Marketing Money Magnet (MLM) atau Seminar membina semangat Minda Jutawan, konsep Upline-Downline. Antara amalan seminar ini adalah cium duit dalam keadaan sembah. Yang terlibat hanyalah (MLM) 100% orang Melayu. Melalui seminar ini yang mempunyai amalan amalan menghirup bau wang dikatakan bakal merubah hidup menjadi jutawan yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

Seminar (MLM) ini dikatakan bagi membangkitkan minda menjadi keadaan separuh sedar dan ianya hanyalah sekadar motivasi diri untuk berjaya. Walaubagaimanapun ini adalah kaedah dan amalan pertama didalam dunia. Tidak ada pakar motivasi dunia yang pernah melakukan kaedah seperti begini.

Prosedur sebelum menghirup bau wang adalah setiap peserta harus menyerahkan wang mereka kepada penganjur sebagai yuran. Lalu penganjur (MLM) akan kumpulkan dan beri mereka cium berserta diakhiri dengan doa dan tekad kekayaan akan tiba dalam masa yang terdekat. Selesai seminar (MLM) ini, penganjur akan bawa pulang wang mereka. Mengapa Melayu gemar perkara sebegini?

Yang ikhlas bertanya,
Ketua Pengakap

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...