Menate Steak House ? Pasti Ramai Yang Tak Tahu..

Menate Steak House ? Pasti Ramai Yang Tak Tahu..

Menate Steak House ? Tertarik dengan pelbagai perkongsian di laman sosial sejak beberapa hari lalu membuatkan saya melangkah masuk ke restoran ini di Wangsa Maju untuk mencuba. Saya hanya mahu makan Wagyu! ( Tanya google apa itu Wagyu Beef ).

Usah ragu tentang status Halal di sini, pemiliknya seorang warga tempatan yang berpengalaman luas dalam bidang daging-mendaging dan masak-memasak. Boleh google siapa Pak Mus.

Setiap cawangan Me’nate diuruskan oleh anak-anak Pak Mus sendiri bersama team yang berpengalaman. Apabila sampai di sini, kita boleh cuba pelbagai jenis menu. Pilih sendiri jenis daging yang kita mahu makan. Tengok harganya yang pelbagai, tanya untuk kepastian.

[ BACA ISU MENATE: REZEKI !! Kena Maki Azwan Ali, Dapat Makan Steak RM4,678! ]

me'nate steak house

Harga yang dipaparkan adalah harga siap masak. Air minuman diberi percuma sahaja, boleh tambah berkali-kali ( layan diri ). Ada jus buah-buahan dan pelbagai jenis kopi. Paling menarik, Menate Steak House berikan air minuman terus dari Mesin Coway. Wow! Nampaknya mereka betul-betul hanya menyediakan yang Premium untuk pelanggan.

Setelah mencuba Wagyu Beef Steak, saya kini faham mengapa ia begitu mahal. Memang betul dagingnya cair dalam mulut ( maksudnya sangat lembut ). Selamat mencuba Menate Steak House.

Price is what we pay, value is what we get. # Me’nate Steak House

Ikram Al Banjari.

Menate Steak House

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih