Menari Sambil Berzikir Dilarang Syarak – Kata Dr. MAZA

Menari Sambil Berzikir Dilarang Syarak – Kata Dr. MAZA

Kangar – Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis sudah memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.

Mufti kerajaan negeri, Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-29/2015 jawatankuasa tersebut pada 24 dan 25 Ogos lepas.

Beliau berkata, perbuatan menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri.

Mohd Asri memberitahu pemberita selepas merasmikan seminar Maqasid Syariah peringkat kebangsaan di Dewan Warisan di sini, hari ini.

“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang,” katanya, lapor Bernama.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 51 times, 1 visits today)

Leave a Reply