“Menangis Ketua Kampung dan JKKK Yang Mendengar Kata-kata TGNA Itu” – Luahan Raja Shamri

“Menangis Ketua Kampung dan JKKK Yang Mendengar Kata-kata TGNA Itu” – Luahan Raja Shamri

Malam tadi mimpi lagi bertemu ayahnda … dah dua tiga hari rasa tak sedap hati jiwa rasa kosong ..

kubur tgna

Maka pagi ni terus pecut ke pulau melaka ziarah makam ayahnda … rasa sebak tak boleh tahan air mata mengalir tiba2 bila melihat makam ayahnda yang serba sederhana tapi bersih seolah baru je meninggal … persis kehidupan ayahnda yg serba sederhana dulu …

SEMASA ayahnda jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan. Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.

Ayahnda pernah kata dlm satu majlis tadarus, “Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca.

Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni…”Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kata-kata TGNA itu.

Inilah cara ayahnda mendidik kita semasa beliau memerintah dulu.

Di mana letaknya Al-Quran di hati kita? Al fatihah utk ayahnda tok guru.

Ku sambung perjuanganmu seperti yang kau amanahkan dan pesan padaku di saat akhir kepergianmu dulu insyaAllah.

Al fatihah utk ayahnda tok guru.

‪#‎jomjadiorangbaik2‬

Sumber: Raja Shamri

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!