Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia – Al Fatihah

Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia - Al Fatihah

Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia – Al Fatihah – SHAH ALAM – Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi. Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).

Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia – Al Fatihah

“Sebagai tanda ingatan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham Datuk Wira Maznah diberi pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah,”katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Komplikasi pembedahan Maznah Hamid dilaporkan kritikal]

Difahamkan jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.

“Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor,” katanya lagi.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur. – Sinar Harian

Al-Fatihah.

__________________________________________________________________________________________________

PETALING JAYA: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Rabu. Perkara itu disahkan oleh anak sulung Allahyarhamah Maznah, Datin Nur Sharmila Shaheen.

“Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6 petang tadi di IJN.

“Jenazah Allahyarhamah akan di bawa pulang ke kediaman di Ukay Heights, Ampang pada pukul 10 malam ini,” katanya Nur Shamila dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Menurut Nur Shamila, solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar pada Khamis di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang.
Beliau menambah, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih di Kuala Lumpur selepas solat Asar.

“Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada ibunda kami dan minta diampunkan dosa-dosa Almarhumah.

“Jika ibunda kami ada berhutang dengan sesiapa, minta mohon berjumpa dengan ahli keluarga secepat mungkin,” ujar Nur Shamila.

Terdahulu Maznah, 62, yang juga Exco Wanita Umno dan lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady’ dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan jantung pada minggu lalu.

Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lalu. Khamis lalu, beliau dilaporkan menjalani pembedahan jantung terbuka yang pertama pada pukul 9 pagi selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Maznah dipindahkan ke ICU selepas pembedahan tamat pada pukul 2 petang sebelum pihak IJN terpaksa menjadikan ICU tersebut sebagai bilik bedah untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka yang kedua, selepas beliau mengalami pendarahan dalaman yang teruk. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: